Tips kepada waiter/waitress yang selalu bengang dengan kasteme

Menjadi seorang waiter/waitress bukan kerja yang mudah.Nampak sahaja kerja mereka seperti menangguk anak berudu di tepi kali tetapi ia umpama menangkap jerung di tengah paya adanya, nak menggambarkan keperitan menjadi waiter/waitress sesebuah restoren.

Di sini ada beberapa tips dan manual untuk menghilangkan stress dan luka nestapa yang dicetus oleh kasteme, yang boleh di katakan berguna bagi para waiter/waitress apa lagi bakal pemilik restoren itu sendiri.


 senyum selalu tp jgn bagi org berbulu


Medan Tempur
Perlu di sedia sebuah bilik atau sudut khas yang mempunyai patung berbentuk orang (bagi yang menghidangkan makanan kepada orang) atau patung berbentuk teddy bear (bagi yang menjamu bukan orang).Letakkan patung-patung ni mengikut posisi kasteme yang membuat onar dan gender termasuk umur mereka sekali lebih baik di letakkan name tag sekali.

Di satu sudut sediakan parang, kapak, sabit, mesin pengisar, tukul, botox (boleh membahayakan juga),gergaji dsbnya.Datang ke bilik ini setelah anda, ya anda waiter/waitress yang baru di herdik,di caci maki dan di gangguan seksualkan dan belasahlah patung mereka sebagai tempat melepaskan geram.

Kasteme is alwez RIGHT!
Ingat penyataan ini bebetul ya para waiter/waitress sekalian, RIGHT.Mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka pelbagai edisi, right bermaksud kanan dalam bahasa melayu.Jadi anda perlulah menjadikan kasteme anda always (sentiasa) right (kanan) dengan anda semasa mengambil order atau menghantar order.

Jadikan diri anda LEFT, ya left iaitu kiri kepada kasteme anda semasa dua aktiviti tadi.Jadi apabila anda 'ter'melakukan kesilapan mereka tak boleh menyalahkan anda kerana anda telah melakukan yang sepatutnya iaitu kasteme is alwez right.Ingat kanankan posisi anda dengan kasteme.Mereka tidak lagi boleh pertikaikan word kasteme is alwez right.



Bertepuk-tepuk sawan
Kebiasaan hal ini akan terjadi kepada waitress (tu yang i runsing jugak ni, entah kenapa lalala).Iaitu adegan tepuk-menepuk, bukan amai-amai yer..tapi menepuk tuttttt waitress tersebut.Jangan gusar yer para waitress sekalian adegan ini tidak perlulah sampai ingin melaporkan kepada pihak polis walaupun balai polis hanya seberang laluan keretapi sahaja eh..tu contoh yer kawan-kawan.

Kita bangsa nusantara di kurniakan Tuhan dengan anugerah 'latah'.Dengan lakonan yang bersahaja ala-ala erra fazira dan rozita chef wan anda teruskan aksi latah anda dengan menampar kuat-kuat makhluk berkenaan setelah selesai..buat muke kiut jeese dalam filem 'the social network' sambil berkata Oopps...

Bagi yang suka pegang tangan anda pula,ini perlu di sediakan oleh majikan iaitu sejenis renjatan eletrik yang mini yang boleh di letakkan di celah jari-jemari.Kalau tiada, anda berlakun anda sawan khinzir dan menamparnya tanpa was-was dan berlagak terkena parkinson yang akut.


Makanan Eksotik untuk kasteme
Ini merupakan senjata paling kejam pernah di kaji oleh pakar security waiter/waitress seantero dunia.Tips ini juga pernah di adaptasikan di banyak tempat.Malangnya kesannya lambat dan mungkin tidak berkesan kerana tidak mudah di sedari pengidap.

Caranya mudah sahaja, semasa ingin menyediakan makanan tu masukkanlah segala apa macam jenis bende yang boleh di kategorikan sebagai najis mutawassitoh atau najis mughollazoh adanya.Jadikan ianya seeksotik dan sekreatif yang mampu.

lagi elok jika si penerima tidak mengetahui apa yang ditelannya melainkan setelah pulang ke rumah dan ini sebagai pengajaran kepadanya jangan sesekali berlaku sebegitu dengan kita lagi.Jangan risau selagi anda melakukannya ketika kasteme di sebelah kanan, anda masih selamat walau dia menyebut kasteme is alwez right!.


Itulah antara sedikit tips untuk di kongsikan oleh saya ya tuan puan..anda tak kenal siapa saya?saya alexander..bukan alexander pierce mahupun cin cang cin cang alexander! tapi chef alexandere pierefo rattouillei.

Tips ini di kongsikan oleh spamijaesbob seluar-is-pants - pernah menjadi waiter di sebuah restoren selama seminggu kehkehkeh....


anda fikir anda tahu apa kasteme is alwez right!?anda fikir sekali lagi...

assalamualaikum...


11 ada idea nak komen:

Aliff Haikal berkata... Reply To This Comment

berguna gak tips ni/. HAHA akan di praktiskan :D

Captain berkata... Reply To This Comment

rasa2nya syak wasangka gua makin berasas.. hahaha~

~Miss_eiyDa ~ berkata... Reply To This Comment

ooo eyh..hahaha

nUmara... berkata... Reply To This Comment

ah, baru je kne ng waitress buat muke bile asik tukar order.. tu pon 2 kali je.. saye pon ckp, sabar ye dik sabar... smpi saye naek geram gak.. ha2! aii kastemer kowt...? kan kan? hehe...
lps die pegi, kwn saye ckp, syg, muke lawa tp masam.. huahuahua...

She's retarded berkata... Reply To This Comment

nasi baik bukan waiter,penat wo kerja ni

mie berkata... Reply To This Comment

wow!!
mantap juga tips ni..
ehheeee

mira_nas berkata... Reply To This Comment

huhu.. lepas tension eh..
dah la stress ,, letih plak
takpe..ley ikut tips ni

AiMaN berkata... Reply To This Comment

TU BARU CASTEMER..semalam atok tulis pasal GIKGU KURANG AJAR...CISSS!

http://petuakitasemua.blogspot.com/2011/01/kuang-hajaq-punya-cikgu.html

tolong ajar sikit cikgu tu kt blog atok

Affan Ruslan berkata... Reply To This Comment

yang last sekali tu kejam gila huhu

azka berkata... Reply To This Comment

aku setuju dgn tips ni, aku ada sembang2 dgn bdk2 chef time diorang 'beruk' dgn pelanggan yg banyak songeh ni.. byk idea2 gila diorang buat. rasa nak muntah pun ada dengar. jadi dia pesan, klu ada tak kena sikit2 tu jgn duk kompelin sgt.

salam

Kujie berkata... Reply To This Comment

kak jie kasteme yg baik..tak pernah buat waitress terTUNGGU TUNGGU

Catat Ulasan

I'm only responsible for what I post NOT for what you understand