Betulkah aku lahir dalam bulan april?

Aku bukan jenis yang percayakan horoskop, taakulan apa lagi kad tarot.Tetapi setelah menempuhi begitu banyak dugaan dan pengalaman pahit aku mula mempercayai semua di atas kecuali kad tarot.

 4 (april):left 4 dead


1.sangat aktif dan dinamik
-Aku tidak berapa pasti akan hal ini adakah aku seorang yang aktif.Dari segi apa aku sendiri aku tak tahu dan dinamik.Dari apa yang aku faham ketika sedang menuntut sebagai student kejuruteraan mekanikal benda yang dinamik ni berkaitan dengan 'flow' sesuatu bendalir, adakah aku selincah itu?Aku pun tak tahu.

2. cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
-Sikap ini memang aku 100% setuju.Dari pengalaman jika hendak difikirkan semua aku buat sendiri, segala keputusan yang aku buat adalah sendiri tanpa berbincang dengan siapapun termasuk keluarga, mereka hanya menyokong aku dari segi kewangan.Walaupun cepat bertindak tetapi akhirnya keputusan itu juga akan memakan diri aku dalam bentuk penyesalan.

3. sangat menarik dan pandai manjakan diri
-Dari segi sangat menarik tu aku kurang pasti, dari segi apa sukar nak jelaskan tetapi bahagian menjaga hati sendiri memang betul.Mungkin aku telah dilahirkan tidak mempunyai rasa kecik hati, walau terguris pun aku tetap simpan dalam hati.Selama aku hidup ni tidak pernah sekalipun kot aku merajuk dengan sesiapa.Kalau ada pun hanya 5 minit kerana siapa yang akan pujuk diri sendiri kalau bukan aku.

4. punya daya mental yang sangat kuat
-Susur galur hidup aku memang mencabar, biar aku jelaskan disini dalam seumur hidup aku, aku tidak pernah gembira lama malah sehari pun tak sampai.Ada juga aku berdoa kepada Tuhan sekurang-kurangnya aku mahu juga gembira paling lama pun sehari itu pun jadi.Tetapi..hehe..mungkin itu yang dikatakan mental yang sangat kuat, kalau tidak mungkin aku sudah di tampoi.

5. suka dapat perhatian
-Mungkin nampak benda ni macam celaka, tetapi memang benar aku mempunyai suatu rasa ingin dikenali (meskipun sampai sekarang tak berjaya).Tapi tidak lah lebih hanya sekadar diketahui kewujudan diri.

6.sangat diplomatik, pandai memujuk, berkawan dan pandai menyelesaikan masalah
- Bahagian ni aku tak pasti kerana amat sukar untuk menilai diri dari aspek sebegini kerana hanya orang mengenali aku yang tahu betul ke aku bersikap sedemikian.Pandai ke aku berkawan? kekeke

7.sangat berani dan tiada perasaan takut
-Alhamdulillah aku memang diberikan dua sifat ini, terus terang aku bagitahu yang aku tak takut semua benda selain Tuhan, ular, jarum dan darah.Aku pernah jalan kaki sorang-sorang melalui tanah perkuburan hanya kerana ingin menonton arsenal main.Bahkan sekarang pun aku merempit pukul 3-4 pagi sorang-sorang pergi tengok bola.Mungkin faktor ini aku memang dicipta untuk berseorangan seumur hidup.


8.suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
- HaHaHa.Selain adventure aku tak tahu korang (sape yang kenal) tolong ingatkan aku tentang tu.Bab adventure memang kegemaran, malahan benda senang aku komplikatedkan, contohnya ada sekali 4 hari sebelum raya aku nekad nak naik keretapi dari kl-wakaf bharu tanpa membeli tiket dan akhirnya aku terpaksa bermalam di masjid gemas kerana tiket tiada.Sedikit pun aku tak rasa susah tapi happy pulak timbul.Tapi memang aku sayang semua orang walaupun ramai yang benci.

9.emosi cepat terusik jika tidak terkawal
- Betul (seperti sekarang sehingga aku kehilangan segalanya hehe)

10.berkecenderungan bersifat dendam
- Jaga-jaga aku memang pendendam.Aku masih berdendam dengan seorang rakan hostel semasa di asrama dato' ahmad maher, aku selalu dibulinya.Harap-harap aku tak jumpa dia

11.agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan
- agresif? hehehe..tetapi aku memang jenis yang mudah nervous hehe.Ada exam ada interview tangan mesti berpeluh.

12.kuat daya ingatan
-Ni punya baru beberapa minggu lepas aku dapat detect, setelah handphone aku rosak (tade duit nak repair), jadi aku hafal nombor-nombor penting, ermm..9 nombor berjaya diingati.Dan walaupun hanya berkelayakan spm aku masih ingat semua subjek yang pernah aku belajar kecuali nombor pi je yang 3.14.....tu aku tak ingat haha

13.gerak hati yang sangat kuat
- Aku mengaku segala keputusan (lihat no 2) aku menurut kata hati sahaja.Walau ada nasihat 'naluri' seorang lelaki first hehe

14.pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain
- Hidup berdikari dan seorang diri memang amat memerlukan dorongan sendiri untuk terus survive demi menjadi fakta no 4 di atas.Tapi memotivasikan orang lain tak tahu lah haha.Ada ke yang berjaya kerana aku wakaka

15.berpenyakit di sekitar kepala dan dada
-Resdung, migrain dan lelah (masa kecil)

16.sangat cemburu dan terlalu cemburu
- Benda ni aku harap tak pernah wujud dalam diri aku tapi memang 200% tepat aku memang seorang yang mudah cemburu dan sentiasa memakan diri sendiri sehingga aku jadi seperti sekarang hilang punca dan segala-galanya



anda fikir anda tahu jawapan betulkah aku lahir dalam bulan april? anda fikir sekali lagi...

assalamualaikum..

9 ada idea nak komen:

Jue berkata... Reply To This Comment

jangan putus asa... the gay neslo ni, br semalam kate nak ubah kegagalan menjadi kejayaan, akak pegang ckp ko..

Wafiy Suzly berkata... Reply To This Comment

hoh,
bulan empat memang gini ke?
satu je yg pasti aku tak suka
aku pun kuat cemburu, wtf

08.04

NuR 'aQiLaH berkata... Reply To This Comment

2. cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal

gua pong setuju.
memang kena ahh.
wakaka :P

shaun the sheep berkata... Reply To This Comment

kak jue: gay??? adeh~!!!

to neslo~!! go neslo go~!!! hahaha

pikah berkata... Reply To This Comment

suka mendapat perhatian = capap? ha ha ha

FD berkata... Reply To This Comment

"emosi cepat terusik"...
hehe, sensitif la ni.. :D

Kujie berkata... Reply To This Comment

Kak Jie 18hb April..siapkan tabung gajah dr sekarang..kehkeh

16 point tu...tak banyak ada le juga sangkut2nya hiks!

Tanpa Nama berkata... Reply To This Comment

entahlah,ase cm na kua je dr bln 4 niy,sdih kot bce td,xmao3 p aq brsyukur coz dlhirkn pnuh ksih syg...ngeeee

Adre nalin berkata... Reply To This Comment

biar aku jelaskan disini dalam seumur hidup aku, aku tidak pernah gembira lama malah sehari pun tak sampai.
#kesian awak,awak ade masalah depression ke hape

Catat Ulasan

I'm only responsible for what I post NOT for what you understand