Bila budak kampung berperang menggunakan aplikasi Pascal law

Hidup sebagai budak kampung ni memang seronok.Tak macam sekarang, terperap dalam bilik layan PS,PSP dan Xbox.Sekarang ni pulak budak-budak dah maju lagipun ramai mak bapak yang kaya.

Jika zaman kegemilangan aku dulu di kampung, kire macam ketua jugak la, sape tak kenal mije anak pak chu jusoh ekekeke.Nak kata senakal lagenda budak setan tu tidak la, cuma nakal sikit saja setakat kacau anak dara orang dengan 'bedil pena' a.k.a bedil buluh tu rajin la.Siap kena kejar ngan mak bapak diorang lagi.Zaman dulu begitu je cara sakat awek kampung haha.Sekarang kene ada duit baru leh kawan.


Cerita pasal 'bedil buluh' ni mesti ada yang tidak tahu, maklum la semua bukan asal dari kampung.Kat negeri lain aku tak tahu, rasa-rasanya dipanggil 'capelom' tetapi di kampung aku (aku tinggal di pengkalan chepa, kota bharu), kami panggil 'bedil penar',penar tu nama buah yang kami jadikan peluru.maaf, dah gugel tapi tiada gambar dah pupus gamaknya, cuma peluru alternatif jer ada buah nera (cenerai).

Semua makhluk Tuhan tak kira paling seksi atau tidak, jadi korban kami.Ayam, lembu, itik, serati, angsa (yang ni sukar sebab kene kejar balik), dan manusia tidak terkecuali menjadi mangsa tembakkan kami.




Anda tidak tahu ke apa itu ;bedil penar' a.k.a bedil buluh?Oh lupa anda semua bukan budak miskin dan budak kampung macam aku.Mari aku kenalkan dan cara membuatnya sekali..

Ia diperbuat dari buluh kecil seperti gambar di atas, kami panggil 'buluh peleting', peleting tu straw a.k.a penyedut minuman, sebab ia kecil.Jangna guna buluh lain lak nak buat meriam buluh boleh.

Dan ini pelurunya...

 buah cenerai

Prosedur pembuatan











..dan sekarang anda boleh sambung berperang atau seperti aku menolong bapak aku halau tebuan yang selalu kacau mereka sedang membuat nise (gula melaka).

anda fikir anda tahu Bila budak kampung berperang menggunakan aplikasi Pascal law? anda fikir sekali lagi..


Assalamualaikum..  

11 ada idea nak komen:

Wafiy Suzly berkata... Reply To This Comment

hoh,

siap ajar cara buat

plus

aplikasi kan fizik,

memang mantop!

Jue berkata... Reply To This Comment

menatang ni budak lelaki jek main.. bdk pompuan jadi mangsa..
penjelasan siap ngan gambau lagi.. pergghhh hebat2.. dh cam presentation dah nie.. ahaha

Muhazz Leen berkata... Reply To This Comment

aku main jugak dulu benda alah ni. guna batang pen+kulit duku. hee~

Shupalula ;) berkata... Reply To This Comment

whahahahaah . nakal betul laa . aku duk teganu , aku rase aku kenal dan macam penah kene tembak aje ngan menatang nih . kihkihkih

APi berkata... Reply To This Comment

main mende alah ni tyme kenduri best..
malam orang tak nampak..
tak yah lari jauh2..
kehkehkeh

нαηιмQαtяυηηα∂α berkata... Reply To This Comment

Pernah main! Tapi budak bandar la.. Main guna batang pen, kulit limau jadi peluru hehehe..

BeMiE berkata... Reply To This Comment

lu mmg mengimbau kenangan..... kekekee

mUmTAz berkata... Reply To This Comment

Best ny main ni... rasa nak main balik nnt..HAhahahha..kesian kak jue kene tembak kan??? nasib la tak ada apa-apa...

Tanpa Nama berkata... Reply To This Comment

aku pn slalu main gak benda alah nie dulu... memang raja kampung l..hehehehe.. tp pelurunya aku guna surat khabar lama yg direndam dlm air.. lagi power...

lekir berkata... Reply To This Comment

buah ni masak warna itam..manis je rasa..tp isi bersabut. main benda ni guna buluh cina..perghh bunyi power..kena pun buleh berbintat.. sakittt..

Tanpa Nama berkata... Reply To This Comment

aq pown bdak kmpong xp xpnah mrasai pemainan best cmnie,bb kt kmpong aq main tmbak2 dgn mrcun...uhhh rugi nyaaaa....

Catat Ulasan

I'm only responsible for what I post NOT for what you understand