Blogger ni manusia biasa juga yang ingin memcari publisiti di ruangan maya yang tiada kesudahan.Ewah..apejadah dengan ayat ini.Oleh kerana majoriti mereka adalah manusia dan sebahagian bot dan sedikit makhluk asing (stalker dan anonymous), mereka mempunyai kalau kat twitter dia panggil 'timeline' kalau kat facebook derang panggil 'news feed'.
Memang mereka wajib bermula dari awal, semua benda didunia bermula dari awal tiada siapa yang boleh 'rush' akan sesuatu secara drastik kerana risiko jangka panajngnya tinggi.Tak percaya? Tengok contestant program reality tv.
Hidup sebagai blogger adalah suatu putaran
Blogger perlu menikmati tertib seperti berikut (disertakan description):
Lahir ke Dunia maya
Bila anda sudah mula menekan sign up/register mana-mana platform blog tak kira blogdrive,blogspot,worpress,joomla, xanga serta tumblr dan lain-lain platform mereka sudah dianggap lahir ke dunia blogging.Bayi
Pada masa ini sebagaimana baby manusia yang betul mereka amat memerlukan sokongan dan dorongan yang lebih dewasa dengan kata lain ibu bapa a.k.a penjaga.Disinilah merka mencari idola dan bantuan sesiapa yang sudah lama bergiat dalam bidang yang mencabar mental ni.Mereka akan mula follow blog-blog ternama dan popular.
Kanak kanak kecik (Tadika)
Ini masa agak sukar bagi sesuatu blog setelah memasuki alam ini.Setelah beberapa lama dari zaman baby tadi mereka mula menginjak masuk ke alam yang melibatkan ramai orang.Bayangkan anda semasa mula-mula memasuki tadika semua bagaikan 'stranger'.Dari peringkat inilah ramai blogger akan menggunakan taktik ' i follow you, you follow me back'.
Kanak kanak Besar (Sekolah rendah)
Mula rasa nak update blog pun sudah malas kerana kekeringan idea katanya.Cuba mencari identiti sendiri dalam berblogging dan sudah tidak lagi menjadikan blogger idola semasa kecil sebagai panduan.Saya sudah besar, katanya lagi seperti iklan ape entah dah lupa.Mak, saya dah besar tu.Lagipun sudah kenal apa itu pagerank dan juga SEO, sudah boleh berdikari tambahnya pula.
Remaja (sekolah menengah)
Dari sinilah mereka mula berubah, di hasut 'hormon' tertentu mungkin seperti adveriklanogen, trollingen, popularitrogen, kutukmakinogen,terjahtrafikogen dan macam-macam lagi hormon gen-gen lain.Mula memberontak, jika dahulu blog hanyalah sebuah diari kehidupan dan personal semata-mata tetapi oleh kerana sudah terbuka hala tuju dibantu'hormon' tadi maka motif berblogging juga kurang jelas dan disinilah mereka mula berubah mengikut haluan masing-masing.
Belia (universiti)
Budak besar la katakan dah educated sangat sudah.Mempraktikkan pelbagai teknik semua benda kena senang. tak payah susah-susah.Bagi yang kejar SEO mula dengan strategi menukar itu ini.Bagi yang gila populariti muncul di sana-sini.Bagi yang suka troll, kutuk sana kutuk sini.Bagi yang nasih tak tahu apa motif berblog mula abandon blog.
Dewasa (bekerjaya)
Telah memiliki tittle pre-otai availble here.Pasal motif berblogging dah lupa trafik dan follower dah tak heran semua tu auto masuk.Mula mendidik dan membina tutorial untuk golongan-golongan di atas.Mula mendapat caci maki kutuk seranah oleh golongan remaja di atas dan menerima puji-pujian dan sanjungan oleh golongan bayi dan tadika.Dunia bloggingg ana yang punya katanya.Sudah boleh diumpamakan seorang selebriti sebut nama pun orang sudah kenal, orang kata la bukan sayay kata.Kira ni zaman inzal seorang blogger.Talk dan ceramah tu macam makan kuih koci.*Blogger pakej terkecuali.
Warga Emas (pencen)
Kalian pasti tidak akan percaya.Sudah penuh ilmu blogging di dada.Setakat lawan 'yeti' dan anasir luar yang kacau sesiapa dia diibaratkan sebagai penyelamat kaum blogger.Hero la orang putih panggil.Blog dah ada banyak tak payah bayar income tax sebab duit sehari-hari layan duit blogging sahaja.Siap boleh buat seminar bala bala dan ceramah untuk menjadi blogger yang mapan.Tunggu nak bersara dari blogging sahaja.
-tapi amat susah seseorang blogger tu nak sampai ke tahap warga emas a.k.a otai terlampau ni
*Blogger pakej adalah blogger yang memiliki semua pakej sebagai seorang selebriti muka comel lawa, pandai berkata-kata dan semua ada lah senang cerita.Siapa yang dalam dunia blogging akan paham kecuali hobo (anonymous) hahaanda fikir anda tahu Bila Seorang Blogger itu Membesar Seperti Manusia? anda fikir sekali lagi..

10 ada idea nak komen:
ada blogger yang warga emas... tapi dia low profile jer...
tetapi...pengetahuan itu sentiasa diupgrade
fakta/info yg kita belajar tahun satu mungkin dah out of date bila kita di tahun akhir.
sampai sek. rendah pun cukup la.. haha
aku sampai sk je,huhu
adveriklanogen, trollingen, popularitrogen, kutukmakinogen,terjahtrafikogen..hahahahah... popularritogren dan averiklanogen menjadi keutama kebanyakkan penulis
sy remaja sekolah menengah kot. haha
Saya budak tadika,udah le...hahaha
wei ni kire power ni entry camni..iklaz ni..i folo u,so dont malu2 folo me back okeng..ahakzzzz;p
:-)
Cantik..
saya masih di sekolah rendah. masih memerlukan tunjuk ajar.
Catat Ulasan
I'm only responsible for what I post NOT for what you understand