Konspirasi: Ujang dan MOY publications,Plagiarism, Copyright dan ....



"To steal ideas from one person is plagiarism, to steal ideas from many is research"

Dahulu majalah ujang dan gila-gila merupakan peneman tidur aku masa zaman kanak-kanak walaupun tadika belum masuk lagi (kes tengok gambar sahaja).Majalah ujang dan gila-gila yang lahir sekitar tahun 80-an dimana aku masih lagi menaiki kereta kuda kaler pink pusing-pusing dua batang pokok mempelam (pauh ringan).Awal 80-an jugakla dalam tahun 1987 dimana majalah gila-gila yang menjadikan watak kartun din beramboi sebagai maskot majalah humor tersebut.

Banyak karya hasil lagenda kartunis malaysia ini yang menggunakan nama ujang atau nama sebenarnya ibrahim anon yang tinggal di juasih, negeri sembilan.Antara koleksi majalah yang berjaya dihasilkan olehnya majalah gila-gila (kartun pertamanya Loose si tenggang), Aku budak minang, Aca, Intelligence Blues Club, dan Jibam (sambungan dari novel Jibam).Aku masih ingat buku berbentuk bibliografi berkartun Aku Budak Minang bewarna ungu kavernya, kerana itulah buku pertama dalam hidup aku baca dan hadiah hari jadi kedua selepas karipap tiga ketul dari kakak kedua aku (sekarang guru).Dua tu sahaja gua dapat hadiah besday sepanjang hidup kihkihkih.

Zaman kegemilangan Ujang adalah pada tahun 90-an, ketika mula-mula melukis untuk majalah gila-gila pada tahun 1984 dan meletak jawatan 10 tahun kemudian pada 1994.

Kemanakah ujang menghilang?


Itu antara soalan aku pada suatu hari ketika sedang asyik membaca bumper puasa ujang, dibelek-belek pada ruangan editorial sudah tiada lagi nama ujang di dalam majalah tersebut.Rupa-rupanya ada kisah di sebalik kehilangan ujang dalam industri kartun tanah air.Oke, kite flashback lagi...

Setelah meletak jawatan melukis di majalah gila-gila, ujang menjadi pengarah pemasaran di kharisma pictures sdn bhd dan terbitnya majalah ujang.Dari keluaran pertama majalah ujang ketika itu yang bermaskotkan din beramboi (dibawa ujang dari majalah gila-gila) majalah ujang dapat dijual sebanyak 300,000 unit sebulan.

 Majalah Ujang Keluaran Pertama (1994)


Pada masa itu juga allahyarham din beramboi telah ada di dunia hiburan kita dan oleh kerana ujang gagal mem'paten'kan hakcipta (copyright) terhadap maskot din beramboi, maka allahyarham din beramboi menang dan sebab itulah kita nampak sekarang maskotnya bukan bernama din beramboi tetapi pak cik din (pcd).



Pada tahun 1997, ujang keluar dari kharisma pictures dan menubuhkan syarikat sendiri iaitu Multi Tripple Vision sdn bhd dan menubuhkan majalah Varia Lawak. pas tu aku pun tak clear apa yang berlaku, dengar citer ada masalah copyright lagi dan terpaksa tukar nama majalah tersebut kepada lanun. Dan dengar cerita Ujang juga hilang segala copyrights terhadap semua kartunnya gara gara sign agreement tanpa membaca terlebih dahulu atas dasar pecaya pada kawan. sebenarnya Ujang ada baca draf agreement tersebut tapi kawannya batalkan draf dan tukar kepada yang lain tanpa pengetahuan ujang.

Setelah menandatangangi dan ditipu oleh kawan dari kharisma (yang kini sebagai MOY publications), segala watak-watak kartun didalam majalah ujang serta nama 'ujang' itu sendiri sudah bukan milik ujang.Sehingga itu lenyaplah legasi ujang dalam majalah ujang dan kartun-kartunnya seperti pak cik din, usop sontorian dan watak ujang itu sendiri.

Tidak terhenti disitu sahaja,pada 2006 ujang ingin membuat fiem 'jibam' iaitu salah satu daripada karyanya yang 'akan' dibintangi oleh jalil hamid dan khatijah tan.Tetapi malang ujang tidak lekang dari berbau dari situ setelah FINAS sudah meluluskan skrip timbul pula konflik antara penulis skrip, pangarah, produser, creative enterprise dan Ujang sendiri.

Walaupun begitu entah macam mana jika anda perasan sebelum ni kat TV2 hari Selasa pukul 8.30 malam ada drama Aku budak minang drama yang diadaptasikan dari kisah hidup kartunis Ujang.

Sebenarnya aku bukan minat sangat dengan ujang tetapi kisah ini ada sangkut paut dengan kartunis idola aku iaitu UBI, yang terpaksa menghentikan kisah kegemaran aku iaitu 'Aku,Dia dan Volkswagen" serta "Aku Budak Hostel".Dari masalah ini juga kartunis ubi terpaksa menghentikan karyanya.Untuk lebih mengetahui sila klik ini.

Kisah ini memberi pengajaran kepada kita blogger:
1.Jangan mengamalkan plagiarism KECUALI kebenaran pemilik
2.Sebarang perjanjian mestilah diteliti
3.Jangan TERLALU percayakan sesiapa walaupun adik-beradik
4.Jangan MENIPU kerana ada balasannya nanti
5.Hakciptakan karya anda dalam hal ini letak DISCLAIMER yang boleh memberi panduan.

Bagi aku tak salah jika anda nak copy-paste sesuatu karya atau REBLOG tetapi letaklah creditnya.Bagi aku oke jika anda nak ambil sebarang entry dari blog ini TETAPI credit kannya. (GUA SUDAH TERKENA, POST PALING POPULAR LAK TU hihihi)

Aku memang menjadikan ubi sebagai idola aku, kalau dia ingin menurunkan ilmu alhamdulillah.Mungkin anda tidak percaya yang aku boleh la sedikit melukis kartun tapi pada masa lapang ketika di asrama mrsm kota putra dahulu anda boleh tanya membe seasrama kartun apa yang banyak di dinding bilik aku yang menjadikan "Aku Budak Hostel" sebagai rujukan.Sehinggakan rakan-rakan PLKN beringin resort Langkawi memanggil aku UBI kerana setiap malam sebelum nyanyian lagu negaraku aku akan melukis kartun untuk melelapkan mata.

 Dah lama tak melukis macam celaka haha..mase raya 2010

Sekarang aku sudah tidak membeli majalah ujang tetapi hanya melayan kartun lawak bangang dari cendol dan lambok di APO?.Sakit lutut bace lawak derang.

Untuk mengetahui perkembangan ujang like fans pagenya: ujang fans page


anda fikir anda tahu Konspirasi: Ujang dan MOY publications,Plagiarism, Copyright dan dot dot dot? anda fikir sekali lagi..

assalamualaikum....

polis sentri: bagi aku malaysia 'stereotypes'nya mudah semua berlandaskan politik! politik semata-mata.Politik bukan hanya berkisar atas parti sahaja.Mana-mana politik, itu kehidupan orang malaysia =)

17 ada idea nak komen:

Naddia berkata... Reply To This Comment

ooo..sian gak kat ujang..bermakne yg ade jual kat pasaran skrg nie da tak ori ke?

APi berkata... Reply To This Comment

oh..
patot lah gua tak dapat baca sambungan kisah "Aku, Dia dan Volkswagen" tu..
gua pon minat itu cerita..

The Sharkox berkata... Reply To This Comment

ujang skrng dah takde identiti..dah makin merapu dengan lawak yang dah tak berapa nak antarabangsanya... teringat lagi waktu zaman kemuncak Ujang, memang takde mana2 majalah kartun yang boleh celen dorang.... my first ujang is in year 97..

Azwan Aziz berkata... Reply To This Comment

gua sebagai member seasrama mije menyokong statement diatas...haha...

нαηιмQαtяυηηα∂α berkata... Reply To This Comment

Minat kartun ubi gak.. Best.. =)

Jue berkata... Reply To This Comment

ujang best sbb ade mat despatch, gile2 dh boring..

z4520ft berkata... Reply To This Comment

first stroke lukisan aku dulu pun banyak daripada ujang gak, tu pun sblum knal dengan manga, hehe

Orang Kampung berkata... Reply To This Comment

mjalah ujang skrg ni dh kurang best..
aku suka kartunis bawang.. kisahnya byk teladan..

maCy berkata... Reply To This Comment

macy pernah dengar pasal tu. sedih jugak. katun ubi tu pun m fav. entah lah. byk pengajaran dlm kisah ni. copytight, erti kawan tu sendiri. haih..

Kujie berkata... Reply To This Comment

masa tu kak jie tgh lalui zaman suwetsebentin - tgh tunggu spm tu.... dok angan2 baca " Tiga Dara Pinggitan" dan persahabatan dengan Jai

Onitsuka_hana berkata... Reply To This Comment

Harap Ujang akan kekal sampai bila2

zool berkata... Reply To This Comment

Kesian kat Ibrahim Anon.. Sampai nama Ujang pun tak boleh digunakan....

Tanpa Nama berkata... Reply To This Comment

hrp anda semua faham. dulu2 org xtau psl HAK CIPTA, PATEN. bukan maksud xtaula tp. kurang ambil peduli..sekrg nie baru org sedar. situasi dlu berbeza dgn sekrg..kita hanya pecaya atas dasar kawan..

Tanpa Nama berkata... Reply To This Comment

kes yang sm gak berlaku pada Aie (blues untuk aku)...aku penah bacer Lanun dan Ujang sendiri ader luahkan perasaan tak puas ati sebab "diklepet" kawan sendiri...

iwan4865 berkata... Reply To This Comment

Majalah ujang sekarang ntah ape2 ntah lawaknya! Layan facebook lgi baik!

mute berkata... Reply To This Comment

tp APO? pun under MOY gak kan..

Tanpa Nama berkata... Reply To This Comment

Wa'alaikumussalam

Catat Ulasan

I'm only responsible for what I post NOT for what you understand