Biar Retak Kaki Jangan Relai Iman


“Jae, jum gi main futsal”
“malah aku, tak baloi”
“oloh, takkan injured sekali doh serik”
“buke serik, cumo tak baloi kalu injured lagi, kalu aku pemain futsal wakil Malaysia oke jugok”

Kemudian kawan kepada Jae terus ke padang futsal meninggalkan Jae di beranda depan bilik asramanya.

Perbualan di atas berlangsung lebih kurang sebulan Jae mendapati dirinya secara khususnya pada kaki kirinya yang telah retak (crack) setelah di tackle keras semasa bermain futsal pada suatu petang khamis.

Jae (bukan nama sebenar) memang suka bermain futsal tetapi peluang sentiasa mencemburuinya dari berfutsal (kebanyakkan masanya hanya di habiskan dengan ‘berpusat’ (tidur).

Setelah datang ke akademi binaan Malaysia wilayah utara sintok sejak dari habis minggu orientasi dia sentiasa memenuhi minatnya untuk berfutsal di padang berdekatan asramanya.Dia bukanlah pandai sangat dalam berfutsal tetapi jika diberi position striker dalam satu game paling kurang ada la sebijik dua gol.Dia bermain pun kerana teramatlah boring, kalau ade orang layan berSMS pun oke gak tapi…..

Wilshere crack bone: Injury kami sama

Dulu dia tidak, oke bukan tidak tapi sebenarnya ‘kurang’ lebih tepat, dia kurang percaya dengan perkataan setiap kejadian ade faedahnya meskipun bukan dalam bentuk wang cengkeram.Bengkak kaki kiri yang dianggap hanya sebagai seliuh biasa dan mungkin akan sembuh dalam 2-3 minggu sebenarnya crack (retak) yang memakan dan meminum masa selama sebulan lebih untuk betul-betul sembuh.

Dalamwaktu sebulan yang amat menyakitkan itu, dia begitu susah untuk bergerak.nak pergi makannya yang kantin ada dalam 200 meter dengan beraturnya lagi, Jae terpaksa kadang-kadang mengabaikan tanggungjawabnya kepada perut dan jus hidroklorik serta usus di bahagian abdomennya.

Itu tida mengapa lagi, tetapi satu sahaja dia mengambil insiden ini sebagai iktibar iaitu kewajipannya kepada isteri eh silap (dia tak mungkin akan beristeri), kewajipan kepada yang maha Esa.

Dia bersyukur kebelakangan ini jika tertinggal satu solat dia akan berasa amat bersalah.Dia amat bersyukur diberikan sikap begitu, sungguh bersyukur.Dalam tempoh sebulan yang amat menyiksakan itu (belum campur kesakitan di batin lagi) dari menghindari rasa bersalah kepada Allah dia teruskan juga menunaikan rukun islam kedua itu meskipun dengan kaki berbalut dengan bandage dan sembahyang sambil duduk.


Pada suatu zohor, dia sudah lupa zohor bila, ketika selepas habis berdoa, tiba-tiba dia memandang kaki kirnya yang mengalami proses yang menyakitkan itu diiringi sesuatu yang terlintas di hatinya.

Dia bermonolog dalam dirinya..

“ Allah buak kaki nga sendi aku ni sebab Dio suroh kito ibadah ko dio..isk isk isk”

Bermula dari titik itulah Jae (tobat bukan nama sebenar), dia begitu menyesal.Berbaloikah dengan hanya bermain futsal untuk suka-suka bukan wakil Malaysia pun main tapi tanggungjawab kepada sang Pencipta terabai.

Bermula dari saat itu dia mula menghargai setiap anggota badannya termasuklah mukanya meskipun bermuka buruk, itu semua dicipta Tuhan semata-mata ibadah kepadaNya tetapi mengapa ramai dari kita yang sia-siakannya untuk benda yang lain terkudung sana, terasid sini, patah riuk sana.

Nasib baiklah ada sebuah novel nukilan dari nur dhuha bertajuk ‘hingga akhirnya’ yang setia menemani ketika kaki masih berbalut dan terhincut-hincut nak ke tandas.dari situ jugalah dia mula menyukai novel, meskipun sekarang dah banyak cerita drama swasta di tv menggunakan novel sebagai adaptasi mereka haha..baca novel la pulak..

Sesungguhnya Allah telah mengurniakan anggota badan kita meskipun buruk tapi sempurna untuk digunakan ianya hanya perlu digunakan untuk ibadah kepadanya, bukan untuk sia-sia.

Alhamdulillah, dia kini lebih berhati-hati dalam melakukan tugasan fizikal meskipun jiwanya masih ‘injured’ wakakaka

Semoga kisah ini boleh menyedarkan mereka yang mensia-siakan anggota badan sendiri seperti merempit sampai pekak kerana bunyi ekzos buluh, duduk main facebook sampai cramp (krem) tangan dan krem bijik mata, dan sebagainya aktiviti yang membolehkan Jackass MTV datang amik video kita.


Anda fakir anda tahu biar retak kaki jangan relai iman? Anda fakir sekali lagi…

Assalamualaikum…

1 ada idea nak komen:

Adre nalin berkata... Reply To This Comment

Itu tida mengapa lagi, tetapi satu sahaja dia mengambil insiden ini sebagai iktibar iaitu kewajipannya kepada isteri eh silap (dia tak mungkin akan beristeri), kewajipan kepada yang maha Esa.
DIA TAK MUNGKIN BERISTERI?seriuosly?nanti nabi Muhammad tak mengaku umat,naudzubillah

Catat Ulasan

I'm only responsible for what I post NOT for what you understand